Jumaat, 26 November 2010

Pengenalan kepada isipadu cecair...


Penyukatan isipadu cecair merupakan topik didalam sukatan pelajaran matematik tahun 2. Hasil pembelajaran ini menekankan kepada kefahaman pelajar untuk :

a) Mengenalpasti sifat bagi isipadu cecair
b) Perbandingan langsung bagi isipadu cecair
c) Perbandingan tidak langsung bagi isipadu cecair melalui rujukan
d) Mengenalpasti alat-alat yang digunakan sebagai pengukuran bukan piawai bagi
     isipadu cecair
e) Mengukur isipadu cecair menggunakan pengukuran bukan piawai
f) Memperkenalkan pengukuran-pengukuran piawai bagi isipadu cecair
g) Mengukur isipadu cecair menggunakan pengukuran piawai dalam liter (l)

Diharapkan melalui laman ini, penyampaian guru akan lebih berkesan dan menjadikan matematik sebagai aktiviti pembelajaran yang menarik dikalangan murid-murid. Segala idea dan komen yang membina diharapkan dapat berkongsi demi melahirkan pendidik yang berdedikasi disamping memartabatkan profesion perguruan di Malaysia.

Selain itu ,aktiviti pengajaran dan bahan pengajaran tentang Isipadu Cecair perlu disediakan mengikut cara dan idea saya tersendiri sebagai seorang guru matematik.Segalanya akan diaplikasikan di dalam kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran Matematik tentang Isipadu Cecair berlaku.Sememangnya Topik Isipadu Cecair ini,banyak menggunakan kaedah demonstrasi,tunjukcara dan simulasi.Apabila murid melakukan sendiri mereka dapat satu pengalaman yang ianya sebenarnya sentiasa berlaku dalam kehidupan seharian mereka.

Secara tak langsung murid dapat melihat dan memahami konsep dan pembelajaran Isipadu Cecair dengan mudah. Apa yang menariknya tugasan saya kali ini juga,segala dapatan tentang Isipadu Cecair ini dikongsi bersama di dalam blog.Dengan membina sebuah blog,segala paparan tentang Isipadu Cecair boleh dibaca seluruh dunia.Inovasi pendidikan dunia pada masa kini,sangat canggih dan sangat meluas.Hanya dengan hujung jari jemari sahaja,maklumat diperolehi dengan pantas ,lengkap dan padat.Oleh itu, pengkongsian idea tentang matematik ini perlu diketengahkan agar ,kita sama-sama merealisasikan objektif pengajaran dan pembelajaran dengan sebaiknya.

Setinggi Penghargaan...................



Bersyukur ke hadrat Allah S  .  W  .  T  kerana dengan limpah kurnia dan keizinanNya, saya dapat menyiapkan kerja kursus ini dalam tempoh masa yang telah ditetapkan walaupun terpaksa menempuh pelbagai halangan dan peruntukan waktu yang begitu terhad.

Terlebih dahulu setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Encik Goh Thian Hee  kerana telah memberi tunjuk ajar dan bimbingan serta komitmen yang baik dalam menghasilkan kerja kursus ini.

Tidak dilupakan, ucapan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan yang turut membantu saya secara langsung atau tidak langsung dalam menghasilkan tugasan ini.

Harapan semoga keseluruhan hasilannya dapat  memberi sumbangan yang baik kepada saya dalam usaha untuk memajukan karier saya sebagai pendidik bersesuaian dengan kehendak kerajaan yang ingin menjadikan profesion perguruan sebagai satu bidang diiktiraf.

SEKIAN TERIMA KASIH.......

Mengenalpasti isipadu cecair

1- Cecair merupakan salah satu jirim yang mempunyai kuantiti yang dapat memenuhi ruang tertentu. Pengukuran kuatiti cecair ini boleh ditentukan dengan mengukur menggunakan unit piawai( Standard unit) dan bukan unit piawai (non-standard unit).

2-Perbezaan bagi kedua-dua unit ini adalah bagi unit piawai, alat yang digunakan mempunyai sengatan yang memudahkan pengukuran kuantiti isipadu cecair disukat, manakala unit bukan piawai tidak alat yang digunakan tidak mempunyai sengatan tertentu.

3- Gambar di bawah menunjukkan perbezaan alat yang mempunyia unit piawai dan bukan unit piawai:
a) Penyukatan isipadu cecair menggunakan pengukuran piawai


b) Penyukatan isipadu cecair menggunakan pengukuran bukan piawai
Liter (l)  -  unit metrik bagi isipadu cecair dan 1 liter ialah bersamaan dengan 1000milimeter.
Kapasiti - Satu ukuran bahan yang dituang, iaitu larutan cecair , contohnya sejumlah larutan cecair ataupun analogi pepejal seperti pasir, garam, gula dan sebagainya.