Jumaat, 26 November 2010

Pengenalan kepada isipadu cecair...


Penyukatan isipadu cecair merupakan topik didalam sukatan pelajaran matematik tahun 2. Hasil pembelajaran ini menekankan kepada kefahaman pelajar untuk :

a) Mengenalpasti sifat bagi isipadu cecair
b) Perbandingan langsung bagi isipadu cecair
c) Perbandingan tidak langsung bagi isipadu cecair melalui rujukan
d) Mengenalpasti alat-alat yang digunakan sebagai pengukuran bukan piawai bagi
     isipadu cecair
e) Mengukur isipadu cecair menggunakan pengukuran bukan piawai
f) Memperkenalkan pengukuran-pengukuran piawai bagi isipadu cecair
g) Mengukur isipadu cecair menggunakan pengukuran piawai dalam liter (l)

Diharapkan melalui laman ini, penyampaian guru akan lebih berkesan dan menjadikan matematik sebagai aktiviti pembelajaran yang menarik dikalangan murid-murid. Segala idea dan komen yang membina diharapkan dapat berkongsi demi melahirkan pendidik yang berdedikasi disamping memartabatkan profesion perguruan di Malaysia.

Selain itu ,aktiviti pengajaran dan bahan pengajaran tentang Isipadu Cecair perlu disediakan mengikut cara dan idea saya tersendiri sebagai seorang guru matematik.Segalanya akan diaplikasikan di dalam kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran Matematik tentang Isipadu Cecair berlaku.Sememangnya Topik Isipadu Cecair ini,banyak menggunakan kaedah demonstrasi,tunjukcara dan simulasi.Apabila murid melakukan sendiri mereka dapat satu pengalaman yang ianya sebenarnya sentiasa berlaku dalam kehidupan seharian mereka.

Secara tak langsung murid dapat melihat dan memahami konsep dan pembelajaran Isipadu Cecair dengan mudah. Apa yang menariknya tugasan saya kali ini juga,segala dapatan tentang Isipadu Cecair ini dikongsi bersama di dalam blog.Dengan membina sebuah blog,segala paparan tentang Isipadu Cecair boleh dibaca seluruh dunia.Inovasi pendidikan dunia pada masa kini,sangat canggih dan sangat meluas.Hanya dengan hujung jari jemari sahaja,maklumat diperolehi dengan pantas ,lengkap dan padat.Oleh itu, pengkongsian idea tentang matematik ini perlu diketengahkan agar ,kita sama-sama merealisasikan objektif pengajaran dan pembelajaran dengan sebaiknya.

Setinggi Penghargaan...................



Bersyukur ke hadrat Allah S  .  W  .  T  kerana dengan limpah kurnia dan keizinanNya, saya dapat menyiapkan kerja kursus ini dalam tempoh masa yang telah ditetapkan walaupun terpaksa menempuh pelbagai halangan dan peruntukan waktu yang begitu terhad.

Terlebih dahulu setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Encik Goh Thian Hee  kerana telah memberi tunjuk ajar dan bimbingan serta komitmen yang baik dalam menghasilkan kerja kursus ini.

Tidak dilupakan, ucapan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan yang turut membantu saya secara langsung atau tidak langsung dalam menghasilkan tugasan ini.

Harapan semoga keseluruhan hasilannya dapat  memberi sumbangan yang baik kepada saya dalam usaha untuk memajukan karier saya sebagai pendidik bersesuaian dengan kehendak kerajaan yang ingin menjadikan profesion perguruan sebagai satu bidang diiktiraf.

SEKIAN TERIMA KASIH.......

Mengenalpasti isipadu cecair

1- Cecair merupakan salah satu jirim yang mempunyai kuantiti yang dapat memenuhi ruang tertentu. Pengukuran kuatiti cecair ini boleh ditentukan dengan mengukur menggunakan unit piawai( Standard unit) dan bukan unit piawai (non-standard unit).

2-Perbezaan bagi kedua-dua unit ini adalah bagi unit piawai, alat yang digunakan mempunyai sengatan yang memudahkan pengukuran kuantiti isipadu cecair disukat, manakala unit bukan piawai tidak alat yang digunakan tidak mempunyai sengatan tertentu.

3- Gambar di bawah menunjukkan perbezaan alat yang mempunyia unit piawai dan bukan unit piawai:
a) Penyukatan isipadu cecair menggunakan pengukuran piawai


b) Penyukatan isipadu cecair menggunakan pengukuran bukan piawai
Liter (l)  -  unit metrik bagi isipadu cecair dan 1 liter ialah bersamaan dengan 1000milimeter.
Kapasiti - Satu ukuran bahan yang dituang, iaitu larutan cecair , contohnya sejumlah larutan cecair ataupun analogi pepejal seperti pasir, garam, gula dan sebagainya.


Pengetahuan kandungan pedagogi dalam penyukatan isipadu cecair

''Salah konsep mengenai kapasiti/kuantiti isipadu dalam bekas ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi pemahaman terhadap topik ini. Ramai murid-murid datang ke sekolah dengan beberapa konsep panjang dan beberapa kosa kata yang berkaitan dengannya. Tetapi mempunyai idea yang sedikit mengenai kapasiti. Walaupun perbandingan persepsi boleh dibuat di antara dua bekas, murid-murid biasanya membuat perbandingan mengenai panjang (atau lebih tepat, tingginya) berbanding kapasiti''
.........Sebagai contoh apabila ditanya bekas mana yang lebih isi, sama ada bekas yang lebih tinggi ataupun bekas yang pendek, kebanyakkan murid akan memilih bekas yang lebih tinggi walaupun sebenarnya bekas yang pendek itu yang mempunyai lebih isi.
'OLEH ITU, CARA YANG TERBAIK UNTUK MEMBETULKAN SALAH KONSEP DIKALANGAN MURID, ADALAH DENGAN MEMBUAT PERBANDINGAN SECARA LANGSUNG' 
Penuh
Separuh penuh
Kosong


Kaedah perbandingan langsung
1- Bagi peringkat paling asas dalam memahami kuantiti isipadu cecair ini, murid-murid mampu membuat perbandingan secara langsung ( Penuh , kosong, separuh penuh ). Peringkat ini biasanya dipanggil pra-pengukuran, memandangkan tidak melibatkan apa-apa nombor.

Alat bantu mengajar

Semasa proses pengajaran matematik ,bagi topik"Volume Of Liquid "ini pelbagai kaedah boleh digunakan di dalam kelas.Dengan kaedah atau teknik Tunjuk cara atau demontrasi adalah kaedah yang amat baik untuk memperkenalkan topik ini.Dalam menuju era globalisasi dan Dunia IT ini.Banyak video-video pengajaran yang boleh kita tayangkan kepada murid-murid tahap 1 sekolah rendah sebagai set induksi pengajaran atau pengenalan tentang topik ini.



a) Semasa proses pengajaran matematik ,bagi topik"Volume Of Liquid "ini pelbagai kaedah boleh digunakan di dalam kelas. Dengan kaedah atau teknik tunjuk cara atau demontrasi adalah kaedah yang amat baik untuk memperkenalkan topik ini.
 b) Alat bantuan mengajar yang digunakan haruslah mudah untuk didapati, ekonomi, menarik dan tidak membahayakan murid-murid semasa menjalankan aktiviti didalam kelas. Para pelajar lebih mudah untuk memahami topik ini jika mereka dapat melihat, mendengar dan melakukan sendiri aktiviti tersebut.


c) Antara alat bantuan mengajar yang sesuai digunakan didalam kelas :







d) Dalam menuju era globalisasi dan Dunia IT ini. Banyak video-video pengajaran yang boleh kita tayangkan kepada murid-murid tahap 1 sekolah rendah sebagai set induksi pengajaran atau pengenalan tentang topik ini. Oleh itu, pengajaran yang disampaikan akan lebih berkesan dan akan menimbulkan minat murid-murid untuk memberi tumpuan didalam kelas :




Khamis, 25 November 2010

Aktiviti Pembelajaran (Murid cemerlang)

AKTIVITI 1
HASIL PEMBELAJARAN
     Mengenalpasti isipadu mengikut ukuran piawai.

OBJEKTIF
 Pada akhir pembelajaran murid dapat menyukat isipadu cecair mengunakan ukuran piawai dengan betul dan tepat.

 ALATAN/BAHAN-BAHAN
Botol Susu,Silinder Penyukat, Cawan ,Mangkuk,Baldi dan Air.

LANGKAH-LANGKAH
1.Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan.
2. Setiap kumpulan akan diberi 1 botol  yang kosong , 1mangkuk,1 cawan, 1 silinder 
    penyukat   dan air sebaldi dan baldi kosong.
3. Guru akan memberikan arahan secara lisan umtuk murid menjalankan aktiviti 
     menyukat dengan pantas dan betul.
4. Soalan diberi sebanyak 6 soalan.
5. Setiap kumpulan akan mencatat semua data yang diperolehi.
6.Murid akan menyukat mengikut soalan yang diberi oleh guru.
7.Kumpulan yang pantas dan tepat akan diberi  markah penuh
8.Guru akan memastikan semua jawapan adalah tepat.

CONTOH SOALAN YANG DIBERI :


1)     1.  2 liter air + 3 cawan air   = berapa liter?
2)     2.  5 mangkuk air = berapa liter?
3)     3.  5 cawan air + 1 botol susu = berapa liter ?
4)    4.   3 liter air = berapa mangkuk ?
5)   6 .  5 mangkuk air – 1 cawan air = berapa liter yang tinggal?
6)   7.   3 liter air + 2 liter air = berapa botol susu?

Aktiviti pembelajaran (Murid cemerlang)

Aktiviti 2

HASIL PEMBELAJARAN :
   Menyatakan ukuran isipadu tanpa ukuran piawai.

OBJEKTIF : PAda akhir pembelajaran murid dapat :
   Menyukat isipadu cecair bukan mengunakan ukuran piawai dengan betul.


LANGKAH 1 –LANGKAH :
1. Guru memberi pengenalan ringkas tentang aktiviti yang akan dijalankan.
2. Murid-murid membri perhatian terhadap penerangan guru
3. Guru akan menyuruh murid-murid melakonkan aktiviti seperti didalam petikan dihadapan kelas

 4. Murid-murid akan dibahagikan 3 kumpulan dan setiap kumpulan akan mendapat alat seperti tertera dibawah ini iaitu botol A, B dan C serta cawan.
5. Setiap kumpulan akan diberikan kuantiti yang sama banyak dalam ketiga-tiga botol dan kumpulan yang terpantas menghabiskan aktiviti setelah muzik dihentikan akan mendapat markah penuh
6. Murid harus mengisikan air kedalam cawan untuk melihat gambaran sebenar tentang jumlah cawan yang diperlukan untuk memnuhi satu botol penuh.

 7. Borang catatan akan diberikan kepada setiap kumpulan, dan murid akan berbincang sesama mereka
8. Guru akan membuat pantauan disetiap kumpulan
9.Guru akan membuat ulasan diakhir aktiviti dan memberi lembaran kerja
******Contoh lembaran kerja


ALATAN /BAHAN : Botol, cawan, air , radio dan kad jawapan
Aktiviti 3

Aktiviti pembelajaran :
Hasil pembelajaran ini, murid-murid dapat membuat perbandingan kuantiti isipadu cecair mengikut ukuran piawai

Bahan :
Silinder penyukat,  bikar , mangkuk dan air berwarna

  
Langkah-langkah



 1. Guru mempamerkan bikar dan silinder penyukat di hadapan kelas.
 2. Guru dan murid berbincang tentang ciri-ciri dan kegunaan bikar dan silinder penyukat.
 3. Seorang murid dipilh sebagai penunjukcara menyukat cecair menggunakan bikar dan silinder penyukat.
4. Murid-murid akan dibahagikan kepada empat kumpulan, kump. biru, merah, kuning dan hijau
5. Terdapat dua kumpulan akan mengukur menggunakan silinder dan dua kumpulan lagi akan mengukur menggunakan bikar.
6.  Mangkuk tersebut akan diisikan air bewarna dan murid-murid perlu menuangkan cecair tersebut kedalam silinder atau bikar yang disediakan.Air bewarna digunakan untuk memudahkan murid-murid mengambil bacaan.
7.Guru akan memberi arahan dan soalan kepada murid-murid




 8. Setelah hasil jawapan diperolehi, sesi perbincangan akan dilakukan bersama murid. Kumpulan yang dapat memberikan jawapan yang tepat akan mendapat hadiah
9.Diakhir aktiviti, guru akan membuat ulasan dan memberikan lembaran kerja

               Sumber : http://mrlucas.com/Page%20Files/Reading%20the%20Volume.pdf

Aktiviti pembelajaran (Murid lemah dan sederhana)

Aktiviti 4

Aktiviti pembelajaran :
Hasil pembelajaran ini, murid-murid dapat membuat perbandingan kuantiti isipadu cecair didalam bekas bukan piawai

Bahan :
Pelbagai bentuk mangkuk, gelas, air bewarna dan kad jawapan

Langkah-langkah

1.Guru mempamerkan pelbagai bentuk mangkuk yang berlainan saiz dan menunjukkan demonstrasi diperingkat awal pembelajaran
2.Guru akan menyuruh murid-murid membandingkan isipadu bekas mana yang lebih dan kurang
3. Murid-murid akan memberi perhatian dan wakil daripada setiap kumpulan menjalankan demontrasi sebelum membuat aktiviti kumpulan.
4. Murid-murid dibahagikan kepada empat kumpulan, kum.1,2,3,4
5. Setiap kumpulan dibekalkan dengan set pelbagai saiz mangkuk dan juga gelas



 6.Didalam setiap mangkuk tersebut mempunyai air bewarna dan murid akan menuang setiap isipadu tersebut kedalam cawan yang disediakan dan membuat perbandingan
7. Setiap kumpulan akan diberikan kad jawapan dan membuat perbincangan sesama mereka.


8. Setelah dikumpulkan jawapan, guru akan berbincang bersama murid
9.Di akhir aktiviti, guru membuat rumusan dan memberikan lembaran kerja

***Beberapa contoh lembaran kerja untuk murid yang lemah dan sederhana