Khamis, 25 November 2010

Aktiviti 3

Aktiviti pembelajaran :
Hasil pembelajaran ini, murid-murid dapat membuat perbandingan kuantiti isipadu cecair mengikut ukuran piawai

Bahan :
Silinder penyukat,  bikar , mangkuk dan air berwarna

  
Langkah-langkah



 1. Guru mempamerkan bikar dan silinder penyukat di hadapan kelas.
 2. Guru dan murid berbincang tentang ciri-ciri dan kegunaan bikar dan silinder penyukat.
 3. Seorang murid dipilh sebagai penunjukcara menyukat cecair menggunakan bikar dan silinder penyukat.
4. Murid-murid akan dibahagikan kepada empat kumpulan, kump. biru, merah, kuning dan hijau
5. Terdapat dua kumpulan akan mengukur menggunakan silinder dan dua kumpulan lagi akan mengukur menggunakan bikar.
6.  Mangkuk tersebut akan diisikan air bewarna dan murid-murid perlu menuangkan cecair tersebut kedalam silinder atau bikar yang disediakan.Air bewarna digunakan untuk memudahkan murid-murid mengambil bacaan.
7.Guru akan memberi arahan dan soalan kepada murid-murid




 8. Setelah hasil jawapan diperolehi, sesi perbincangan akan dilakukan bersama murid. Kumpulan yang dapat memberikan jawapan yang tepat akan mendapat hadiah
9.Diakhir aktiviti, guru akan membuat ulasan dan memberikan lembaran kerja

               Sumber : http://mrlucas.com/Page%20Files/Reading%20the%20Volume.pdf

Tiada ulasan:

Catat Ulasan