Khamis, 25 November 2010

Aktiviti pembelajaran (Murid lemah dan sederhana)

Aktiviti 4

Aktiviti pembelajaran :
Hasil pembelajaran ini, murid-murid dapat membuat perbandingan kuantiti isipadu cecair didalam bekas bukan piawai

Bahan :
Pelbagai bentuk mangkuk, gelas, air bewarna dan kad jawapan

Langkah-langkah

1.Guru mempamerkan pelbagai bentuk mangkuk yang berlainan saiz dan menunjukkan demonstrasi diperingkat awal pembelajaran
2.Guru akan menyuruh murid-murid membandingkan isipadu bekas mana yang lebih dan kurang
3. Murid-murid akan memberi perhatian dan wakil daripada setiap kumpulan menjalankan demontrasi sebelum membuat aktiviti kumpulan.
4. Murid-murid dibahagikan kepada empat kumpulan, kum.1,2,3,4
5. Setiap kumpulan dibekalkan dengan set pelbagai saiz mangkuk dan juga gelas



 6.Didalam setiap mangkuk tersebut mempunyai air bewarna dan murid akan menuang setiap isipadu tersebut kedalam cawan yang disediakan dan membuat perbandingan
7. Setiap kumpulan akan diberikan kad jawapan dan membuat perbincangan sesama mereka.


8. Setelah dikumpulkan jawapan, guru akan berbincang bersama murid
9.Di akhir aktiviti, guru membuat rumusan dan memberikan lembaran kerja

***Beberapa contoh lembaran kerja untuk murid yang lemah dan sederhana



Tiada ulasan:

Catat Ulasan