Jumaat, 26 November 2010

Pengetahuan kandungan pedagogi dalam penyukatan isipadu cecair

''Salah konsep mengenai kapasiti/kuantiti isipadu dalam bekas ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi pemahaman terhadap topik ini. Ramai murid-murid datang ke sekolah dengan beberapa konsep panjang dan beberapa kosa kata yang berkaitan dengannya. Tetapi mempunyai idea yang sedikit mengenai kapasiti. Walaupun perbandingan persepsi boleh dibuat di antara dua bekas, murid-murid biasanya membuat perbandingan mengenai panjang (atau lebih tepat, tingginya) berbanding kapasiti''
.........Sebagai contoh apabila ditanya bekas mana yang lebih isi, sama ada bekas yang lebih tinggi ataupun bekas yang pendek, kebanyakkan murid akan memilih bekas yang lebih tinggi walaupun sebenarnya bekas yang pendek itu yang mempunyai lebih isi.
'OLEH ITU, CARA YANG TERBAIK UNTUK MEMBETULKAN SALAH KONSEP DIKALANGAN MURID, ADALAH DENGAN MEMBUAT PERBANDINGAN SECARA LANGSUNG' 
Penuh
Separuh penuh
Kosong


Kaedah perbandingan langsung
1- Bagi peringkat paling asas dalam memahami kuantiti isipadu cecair ini, murid-murid mampu membuat perbandingan secara langsung ( Penuh , kosong, separuh penuh ). Peringkat ini biasanya dipanggil pra-pengukuran, memandangkan tidak melibatkan apa-apa nombor.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan