Jumaat, 26 November 2010

Pengenalan kepada isipadu cecair...


Penyukatan isipadu cecair merupakan topik didalam sukatan pelajaran matematik tahun 2. Hasil pembelajaran ini menekankan kepada kefahaman pelajar untuk :

a) Mengenalpasti sifat bagi isipadu cecair
b) Perbandingan langsung bagi isipadu cecair
c) Perbandingan tidak langsung bagi isipadu cecair melalui rujukan
d) Mengenalpasti alat-alat yang digunakan sebagai pengukuran bukan piawai bagi
     isipadu cecair
e) Mengukur isipadu cecair menggunakan pengukuran bukan piawai
f) Memperkenalkan pengukuran-pengukuran piawai bagi isipadu cecair
g) Mengukur isipadu cecair menggunakan pengukuran piawai dalam liter (l)

Diharapkan melalui laman ini, penyampaian guru akan lebih berkesan dan menjadikan matematik sebagai aktiviti pembelajaran yang menarik dikalangan murid-murid. Segala idea dan komen yang membina diharapkan dapat berkongsi demi melahirkan pendidik yang berdedikasi disamping memartabatkan profesion perguruan di Malaysia.

Selain itu ,aktiviti pengajaran dan bahan pengajaran tentang Isipadu Cecair perlu disediakan mengikut cara dan idea saya tersendiri sebagai seorang guru matematik.Segalanya akan diaplikasikan di dalam kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran Matematik tentang Isipadu Cecair berlaku.Sememangnya Topik Isipadu Cecair ini,banyak menggunakan kaedah demonstrasi,tunjukcara dan simulasi.Apabila murid melakukan sendiri mereka dapat satu pengalaman yang ianya sebenarnya sentiasa berlaku dalam kehidupan seharian mereka.

Secara tak langsung murid dapat melihat dan memahami konsep dan pembelajaran Isipadu Cecair dengan mudah. Apa yang menariknya tugasan saya kali ini juga,segala dapatan tentang Isipadu Cecair ini dikongsi bersama di dalam blog.Dengan membina sebuah blog,segala paparan tentang Isipadu Cecair boleh dibaca seluruh dunia.Inovasi pendidikan dunia pada masa kini,sangat canggih dan sangat meluas.Hanya dengan hujung jari jemari sahaja,maklumat diperolehi dengan pantas ,lengkap dan padat.Oleh itu, pengkongsian idea tentang matematik ini perlu diketengahkan agar ,kita sama-sama merealisasikan objektif pengajaran dan pembelajaran dengan sebaiknya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan